mcmc
Laporan Aktiviti

📣 WEBINAR NADI x CYBERSECURITY: ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA AI!

📅 Tarikh: 20 November 2025 (Khamis)
🕒 Masa: 3:00 pm – 4:30 pm
💻 Platform: Zoom
📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru
👥 Peserta: Belia,Umum

📌 Apa yang akan dipelajari?
Webinar ini memberikan penerangan menyeluruh tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada teknologi moden, namun pada masa yang sama membawa risiko keselamatan yang semakin kompleks. Peserta didedahkan kepada realiti bahawa ancaman siber pada era AI bukan lagi sekadar serangan tradisional seperti virus atau penggodaman biasa, tetapi kini melibatkan serangan yang lebih sofistikated, automatik dan sukar dikesan kerana ia digerakkan oleh AI itu sendiri.

Mesej utama webinar adalah bahawa AI adalah pedang bermata dua dalam siber sekuriti; ia adalah alat yang kuat untuk pertahanan, tetapi ia juga membolehkan serangan siber menjadi lebih canggih dan berskala besar. Oleh itu, kita perlu menerima AI sambil terus berwaspada dan mengamalkan pengurusan risiko yang berterusan.

🛡 “Di Sebalik Kecerdasan, Tersembunyi Ancaman.”

Gambar di sini