mcmc
Komuniti

Komuniti

Ringkasan

  

Daerah Bau merupakan salah satu daripada 28 daerah yang terdapat di Sarawak. Daerah Bau terletak di dalam Bahagian Kuching, kira-kira 35 kilometer mengikut jalan raya dari Kuching. Daerah Bau mempunyai keluasan 884.40 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Berdasarkan banci penduduk pada tahun 2010, penduduk di Daerah Bau telah mencapai 54,246 orang. Daerah Bau yang dahulunya dekenali sebagai Pekan Bau merupakan sebuah pekan sederhana yang ditubuhkan oleh pelombong-pelombong Cina dari Sambas, Indonesia pada awal abad ke-19.

Pada awal abad ke-19, Pekan Bau terkenal dengan aktiviti perlombongan, kini menjadi tanah bekas lombong. Terdapat beberapa jenis penggunaan tanah bekas lombong, salah satunya ialah dijadikan tempat rekreasi. Tapak Tai Parit yang besar, kini dikenali sebagai Tasik Biru. Tasik ini dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Sarawak. Pekan Bau bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong, tetapi juga menjadi pusat pentadbiran tempatan dan memberi pelbagai jenis perkhidmatan kepada kawasan luar bandar di sekelilingnya.

Facebook : Bau Tasik Biru