PENGUSAHA MAKANAN BUNGKUS DAN KHIDMAT KATERING
Puan Sabrina merupakan seorang Surirumah sepenuh masa. Pada mulanya beliau hanya menjalankan perniagaan makanan bungkus dan gerai secara kecil-kecilan di rumahnya. Disebabkan permintaan daripada kenalan terdekat dan rakan-rakan, Puan Sabrina mula memperkembangkan atau mempergiatkan lagi perniagaannya. Pemintaan daripada rakan-rakan dan kenalan mencetuskan perniagaan untuk terus berkembang dan sentiasa mendapat tempahan.
Pada pemulaannya perniagaan beliau hanya dijalankan secara kecil-kecilan dan dari rumah sahaja.
Setelah menghadiri dan terlibat kelas atau program keusahawanan yang telah dianjurkan Pusat Ekonomi Digital Kg Peninjau Baru dan Hari Bersama Komuniti, beliau mengembangkan perniagaanya di platform digital di laman Facebook serta Whatsapp Business. Kelas dan program yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp. Puan Sabrina juga sering melawati PEDi untuk belajar lebih lagi tentang cara cara simpanan data jualan serta transaksi perniagaannya. Beliau juga sering mengikutu aktiviti yang dijalankan oleh PEDi seperti mengikuti Kelas Asas Keusahawanan, Kelas Canva: Kad Business dan Harga Menu Jualan dan Kelas Asas Pemasaran Digital.