mcmc
Laporan Aktiviti

BENGKEL PANDei: Gen-Z AI Explorer

Kerjasama antara 3 NADI – NADI Skio, NADI Tanjung Bowang, dan NADI Kg Peninjau Baru dalam membantu menjayakan program Pustaka Negeri Sarawak iaitu Bengkel PANDei: Gen-Z AI Explorer pada 6-7 Februari 2025 di NADI Skio, Bau, Sarawak. Seramai 17 peserta yang terdiri daripada remaja sekolah berumur 13-17 tahun telah terlibat dalam bengkel ini.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek kreatif, keselamatan, dan pemanfaatan teknologi dengan penggunaan pelbagai AI tools ke arah kreativiti dan inovasi dalam mencipta kandungan maklumat.

Selain itu, NADI juga menawarkan perkhidmatan pintar, termasuk:
✅ Saringan Kesihatan untuk peserta
✅ Taklimat Safe & Shield: Keselamatan Siber
✅ Klik Dengan Bijak (KDB)

Terima kasih kepada Pustaka Negeri Sarawak dan semua yang menjayakan program ini! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

NADI #GenZAIExplorer #PANDei #AI #Teknologi #KeselamatanSiber #KlikDenganBijak