📅 Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 3.00 petang – 3.30 petang
📍 Tempat: NADI Kampung Peninjau Baru
Program E-Sukan di NADI menggabungkan keseronokan permainan dengan modul pendidikan bagi meningkatkan kemahiran permainan dan kemahiran kendiri peserta. Program ini memberi pendedahan kepada aspek penting e-sukan seperti pengurusan masa, kesihatan fizikal dan mental, strategi permainan, kerjaya e-sukan serta kemahiran sosial, di samping memupuk pemikiran strategik, semangat kerjasama berpasukan dan jaringan komunikasi peserta di seluruh Malaysia.
