mcmc
Laporan Aktiviti

Komuniti Madani X NADI Kampung Peninjau Baru

BAU, 14 Mac 2025 – Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru diberikan pendedahan mengenai penggunaan teknologi maklumat dan digital di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Peninjau Baru pada pagi ini.

Selain itu, peserta program turut berpeluang mengikuti ceramah, sesi sembang santai, serta menerima edaran bahan penerbitan daripada Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau yang berkaitan dengan inisiatif dan isu semasa, bersempena Program Komuniti MADANI X NADI anjuran JAPEN Bau dengan kerjasama Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru dan NADI.

Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, serta Ketua Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru, Desmond Andrin Aloi, turut hadir bagi memeriahkan program ini.

Antara topik utama yang ditekankan termasuk kepentingan menghindari sentimen 3R, penggunaan AIFA Chatbot, kempen “Katakan Tak Nak Pada Buli,” serta keselamatan dalam talian.

Gambar di sini

Gambar di sini