mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

NADI E-SUKAN (EPISOD 13): KERJAYA DALAM E-SUKAN

📅 Tarikh: 30 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 3.00 petang – 3.30 petang
📍 Tempat: NADI Kampung Peninjau Baru

Dalam podcast episod ke-13 ini membincangkan kerjaya dalam industri e-sukan yang sering disalah anggap hanya terhad kepada pemain profesional.

Bersama tetamu jemputan, Encik Imran Syahril, atau lebih dikenali sebagai Abey, seorang Broadcast Producer, perkongsian ini memberi gambaran sebenar tentang peranan di sebalik tabir dalam dunia e-sukan serta peluang kerjaya yang wujud di luar arena permainan.

Industri e-sukan sebenarnya menawarkan pelbagai laluan kerjaya seperti pengurusan acara, pengurusan pasukan, pengacaraan, penghasilan kandungan, teknikal penyiaran dan banyak lagi, seiring dengan perkembangan pesat industri digital.

Topik utama dibincangkan:

  • Pengenalan kepada kerjaya dalam e-sukan
  • Peranan Broadcast Producer dalam industri e-sukan
  • Peluang dan realiti sebenar dunia e-sukan

Perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat umum bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi satu ekosistem kerjaya yang berstruktur dan berpotensi untuk masa depan.