Utama
🗓️ Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3:00 pm – 4:00 pm
📍 Tempat: NADI Kampung Peninjau Baru
👥 Peserta: 6 orang
đź”— Platform: Online
Sepanjang sesi ini, para peserta telah didedahkan kepada pengetahuan dan amalan terbaik untuk membuat pembelian dalam talian secara selamat serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.
📌 Antara pengisian yang telah dikongsikan:
âś… Pengenalan kepada pembelian dalam talian.
âś… Konsep 5S Pembelian Dalam Talian:
- Semak – Penjual, ulasan dan maklumat produk.
- Selidik – Bandingkan harga sebelum membeli.
- Selamat – Gunakan platform dan kaedah pembayaran yang rasmi.
- Simpan – Simpan resit dan bukti transaksi.
- Stop – Hentikan pembelian jika terdapat sebarang keraguan.
Peserta turut diberikan pendedahan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan, termasuk menghubungi NSRC 997, memaklumkan kepada pihak bank dengan segera, membuat laporan kepada PDRM, mengemukakan aduan kepada KPDN, serta melaporkan akaun atau laman web mencurigakan kepada MCMC.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu masyarakat menjadi pengguna yang lebih peka, berwaspada dan bijak ketika membuat pembelian dalam talian.
🛡️ Beli dengan bijak, elak menjadi mangsa penipuan! Jika curiga, jangan beli.

WEBINAR NADI x AWARENESS: TAKLIMAT BULI SIBER
🗓️ Tarikh: 13 Oktober 2025 | Isnin⏰ Masa: 4.00 petang – 5.00 petang👥 Peserta: Terbuka kepada peserta 13 Tahun & keatas📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
DILEA OPEN TUITION OKTOBER 2025: SEJARAH TINGKATAN 5
🗓️ Tarikh: 13 Oktober 2025 | Isnin⏰ Masa: 3.30 petang – 4.30 petang👥 Peserta: Pelajar Tingkatan 5📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
WEBINAR NADI x AWARENESS: TAKLIMAT LINDUNGI DATA PERIBADI
🗓️ Tarikh: 13 Oktober 2025 | Isnin⏰ Masa: 3.00 petang – 4.00 petang👥 Peserta: Terbuka kepada peserta 12 Tahun & kebawah📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
TINY TECHIES: BENGKEL MAHIR IoT INOVASI (SEKOLAH MENENGAH)
🗓️ Tarikh: 12 Oktober 2025 | Ahad⏰ Masa: 11.30 am – 12.30 pm📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
TINY TECHIES: BENGKEL MAHIR SUMO ROBOT (SEKOLAH RENDAH)
🗓️ Tarikh: 12 Oktober 2025 | Ahad⏰ Masa: 10.00 am – 11.00 am📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini


