Utama
🗓️ Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3:00 pm – 4:00 pm
📍 Tempat: NADI Kampung Peninjau Baru
👥 Peserta: 6 orang
🔗 Platform: Online
Sepanjang sesi ini, para peserta telah didedahkan kepada pengetahuan dan amalan terbaik untuk membuat pembelian dalam talian secara selamat serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.
📌 Antara pengisian yang telah dikongsikan:
✅ Pengenalan kepada pembelian dalam talian.
✅ Konsep 5S Pembelian Dalam Talian:
- Semak – Penjual, ulasan dan maklumat produk.
- Selidik – Bandingkan harga sebelum membeli.
- Selamat – Gunakan platform dan kaedah pembayaran yang rasmi.
- Simpan – Simpan resit dan bukti transaksi.
- Stop – Hentikan pembelian jika terdapat sebarang keraguan.
Peserta turut diberikan pendedahan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan, termasuk menghubungi NSRC 997, memaklumkan kepada pihak bank dengan segera, membuat laporan kepada PDRM, mengemukakan aduan kepada KPDN, serta melaporkan akaun atau laman web mencurigakan kepada MCMC.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu masyarakat menjadi pengguna yang lebih peka, berwaspada dan bijak ketika membuat pembelian dalam talian.
🛡️ Beli dengan bijak, elak menjadi mangsa penipuan! Jika curiga, jangan beli.

NADI Mahir Masak Minggu 11 : Red Velvet Soft Cookies🍪🍪
🗓️ Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)⏰ Masa: 9.30 pagi – 11.00 pagi⛱️ Tempat: NADI Kampung Peninjau Baru Gambar di sini
STUDIO SIHAT: Fun Fit Kids: Gerak Asas, Badan Sihat!
🗓️ Tarikh: 28 September 2025 | Ahad⏰ Masa: 3.00 petang – 3.30 petang📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
WEBINAR BERKALA BAHASA MELAYU EDISI 4 TINGKATAN 1-5
📅 Tarikh Program: 27 SEPTEMBER 2025 (Sabtu)⏰ Masa: 2.30PM – 4.30PM📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
MAHIR TINY TECHIES (SEKOLAH MENENGAH): Bengkel IoT Inovasi Sesi 1
🗓️ Tarikh: 27 September 2025 | Sabtu⏰ Masa: 11.30 pagi – 12.30 petang👥 Peserta: Pelajar sekolah menengah📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini
MAHIR TINY TECHIES (SEKOLAH RENDAH): Bengkel Sumo Robot Sesi 1
🗓️ Tarikh: 27 September 2025 | Sabtu⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi👥 Peserta: Pelajar sekolah rendah📍 Tempat: NADI Kg Peninjau Baru Gambar di sini


