🗓️ Tarikh: 9 OKTOBER 2025 | Khamis
📍 Tempat: Balai Raya Kampung Peninjau Baru
Ringkasan aktiviti:
NADI Kg Peninjau Baru telah menjalankan aktiviti pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu penduduk setempat membuat pendaftaran baharu, kemas kini maklumat serta semakan kelayakan bantuan.
Melalui aktiviti ini, petugas turut memberi panduan kepada peserta tentang cara mengisi dan memuat naik dokumen yang diperlukan. Inisiatif ini diharap dapat memastikan tiada golongan yang layak tercicir daripada menerima manfaat STR yang disalurkan oleh kerajaan. 💪