SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
|
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
|
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
|
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
|
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
|
|
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
|
- Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
|
|
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Februari 2022. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
AHLI BARU BULAN SEPTEMBER 2024
|
133
|
KESELURUHAN PADA SEPTEMBER 2024
|
424
|
Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
PENGURUS
Nama : Cik Davina Elvie Anak Coliin
Mula berkhidmat : 19 Mei 2023
PENOLONG PENGURUS
Nama : Cik Emily Rosabel Anak William
Mula berkhidmat : 05 Februari 2022