mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat Cashless Society Bersama Komuniti dan Usahawan di NADI Kampung Peninjau Baru

Tarikh: 24 September 2025
Masa: 11:00 pagi – 1:00 petang
Tempat: Bilik Latihan NADI Kampung Peninjau Baru
Jumlah Peserta: 20 orang

Pada 24 September 2025, NADI Kampung Peninjau Baru telah menganjurkan Taklimat Cashless Society kepada komuniti termasuk golongan usahawan mikro dan kecil di sekitar kawasan Kampung Peninjau Baru. Seramai 20 orang peserta telah hadir, menunjukkan minat tinggi dalam memahami sistem pembayaran digital yang semakin berkembang masa kini.

Antara pengisian program termasuk pengenalan kepada peranan dan perkhidmatan NADI, taklimat mengenai konsep Cashless Society, serta saringan kesihatan percuma seperti pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah, kolesterol, berat dan tinggi. Turut diadakan ialah demonstrasi penggunaan QR kod untuk urus niaga, sesi soal jawab, dan bergambar.

Program ini turut memberi fokus kepada usahawan tempatan dalam membantu mereka beralih daripada kaedah bayaran tradisional kepada sistem pembayaran digital, sekali gus memudahkan urusan perniagaan harian dan meningkatkan kecekapan.Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan mengenai pembayaran tanpa tunai, mengenal pasti cabaran pelaksanaannya di kawasan luar bandar, serta berkongsi pengalaman daripada pelaksanaan awal program Cashless Society di beberapa lokasi NADI pada Julai 2025 termasuklah berkongsi pengalaman semasa program Cashless Society di NADI Serasot.

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan transaksi tanpa tunai melalui platform seperti DuitNow QR, kad debit/kredit, e-dompet, dan perbankan dalam talian kini menjadi keperluan.

Komuniti termasuk para usahawan disarankan untuk merebut peluang ini agar lebih bersedia menghadapi perubahan dan memastikan kelangsungan perniagaan dalam era moden. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat serta menyokong inisiatif ini.

Gambar di sini